RESET MINDA IBU BAPA
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,,
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
dan izinnya memberi ruang kepada saya untuk berkongsi sedikit - sebanyak
maklumat dan pandangan yang saya ingin tintakan.
Alhamdulilah,kerana kita masih lagi diberi
kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T yang mana nikmat sihat itu merupakan salah
satu nikmat yang paling besar Allah kurniakan untuk hambanya. Terdapat juga
mereka yang diuji oleh Allah dengan kesakitan akan tetapi sakit itu adalah merupakan
ujian dan tanda Allah menyayangi hambanya.
Setiap individu yang bergelar anak haruslah
menghormati serta melayani kedua orang tuanya dengan penuh kasih sayang dan
cinta sebagaimana mereka menjaga kita semasa kecil. Ganjaran berbuat baik
kepada ibu bapa adalah amat besar sekali disisi Allah dan tidak ada
tandingannya.
Dari ibu-bapalah berkembangnya kepada
institusi kekeluargaan,yang mana anak itu
pasti bermula dengan ibu bapa dan sememangnya menjadi tugas ibu bapa yang mendidik dan mengasuh
mereka menjadi baik demi masa depan anak itu sendiri. Hal ini kerana, menjadi
tugas ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak kerana anak itu diibaratkan kain putih
dan ibubapa bertanggungjawab untuk mencorakkannya dengan corak yang
berpaksikan ajaran agama. Tanggungjawab ibu-bapa itu amat banyak dan penting
dalam Islam.Antaranya adalah,
1-memberi nama yang baik untuk anak
2-mendidik anaknya dengan agama
3-memberi jodoh yang terbaik untuk anak
Dalam sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti akan ada masalah dan cabaran yang harus ditempuhi dan daripada masalah itu seharusnya kita mencari solusi bukannya membiarkan masalah itu terus membelenggu dan menyebabkan institusi kekeluargaan itu menjadi goyah. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diberi perhatian oleh ibu-bapa kerana mereka memainkan peranan utama dalam kekeluargaan. Masalah yang sering dihadapi pada era ini adalah berkaitan dengan gejala sosial dalam kalangan anak-anak mereka. Remaja zaman sekarang amat mudah terdedah dengan pelbagai masalah sosial samaada di sekolah ataupun media massa.
Sebagai ibu-bapa yang perihatin terhadap
anak-anak mereka seharusnya reset balik minda mereka yang mana reset minda ini
bermaksud cara kita berfikir kerana fikiran seseoraang itu membentuk peribadi
seseorang. Ibu-bapa seharusnya cuba berdiskusi dengan anak –anak dan menyelami
serta bertanya khabar mereka tentang masalah yang dihadapi. Kita dapat lihat
bahawa ibu bapa sekarang amat sibuk dengan kerja dan kurang meluangkan masa
dengan anak dan mereka hanya menekankan tentang pelajaran semata-mata. Hubungan
kekeluargaan itu kurang diterapkan dan mengakibatkan anak itu menjadi terabai
dan bermasalah.
Ibu-bapa haruslah reset balik minda mereka
dan memainkan peranan mereka agar anak mereka terjaga dan tidak terjebak dengan
gejala yang tidak sihat. Hal ini disebabkan ibu-bapalah yang paling rapat
dengan mereka haruslah mendidik anak sejak kecil lagi dengan memberikan didikan
agama dan akhlak yang sempurna agar menjadi insan yang berguna. Ibu bapa juga
boleh melakukan usrah untuk keluarga mereka sebagai salah satu cara untuk
merapatkan lagi ukhuwah dalam keluarga dan seharusnya diterapkan dalam sesebuah
institusi keluarga. Dalam usrah inilah mereka boleh saling tegur menegur dan
memperbaiki antara satu sama lain. Di situ jugalah boleh terjalin kasih sayang antara
sesama keluarga serta mengeratkan hubungan dan boleh mengetahui masalah yang
dihadapi.
Kesimpulannaya,setiap yang bergelar
ibu-bapa haruslah menitikberatkan tentang didikan kepada anak-anak dan mendidik
anak mereka mengikut ajaran Islam dan syariat Islam .Didikan dan tarbiah
haruslah sejak dari kecil lagi kerana pada waktu itulah mereka mudah dibentuk
dan dibimbing. Hal ini kerana,setiap anak dilahirkan dalam keadaanfitrah,kedua
orang tuanya yang menjadikannya sebagai yahudi,nasrani atau majusi.
Your Affiliate Profit Machine is ready -
ReplyDeleteAnd making money with it is as simple as 1..2..3!
This is how it works...
STEP 1. Tell the system which affiliate products the system will push
STEP 2. Add some PUSH BUTTON traffic (it LITERALLY takes 2 minutes)
STEP 3. Watch the affiliate system grow your list and sell your affiliate products on it's own!
Are you ready to make money automatically??
The solution is right here