Saturday, May 13, 2017

KEPENTINGAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.





Kepentingan teknologi dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Diantara kepentingannya ialah:

1.Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Ini kerana akan memudahkan pengajaran guru didalam kelas dan mampu menarik perhatian pelajar.

2 Ia juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana maklumat boleh diperolehi dengan cepat daripada Internet.

3.Apabila guru menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point, komputer dan gambar boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ini kerana apabila pelajar diberi peluang mencari maklumat sendiri atau berkumpulan, pelajar akan mudah dan lebih faham tentang subjek yang dipelajari.

4.Penggunaan ICT juga boleh mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Guru boleh membuktikannya melalui tayangan video atau bahan-bahan yang boleh didapati daripada Internet.

5.Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

6.Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

7.Kaedah pengajaran dan pembelajaran ICT juga mampu memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar kerana sebelum ini , guru hanya menggunakan kaedah syarahan atau kuliah didalam kelas.

8.Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Ini kerana masa di sekolah adalah amat terhad dan memerlukan guru kreatif di dalam pengajaran dan melalui kaedah ICT mampu memberi kefahaman kepada para pelajar dalam masa yang singkat.

9.Dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

Prinsip menggunakan teknologi dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran :-
-Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
-Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
  1. sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
  2. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
  3. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
-Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah
-Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: - pengenalan topik - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep - penutup dan kesimpulan topik pelajaran - penilaian kefahaman terhadap topik
-Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran
-Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja
-Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
-Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.



Ciri-ciri dan jenis teknologi dan inovasi yang baik
1)Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan
2)Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.
3)Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.

4)Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri



No comments:

Post a Comment

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation...