ESEI GROUP



APLIKASI WEB 2.0 SEBAGAI MEDIA UNTUK BERKOMUNIKASI

NAMA PENSYARAH
ENCIK MD YUSOFF BIN DAUD

NAMA AHLI KUMPULAN
NUR ATIKAH BT ROSLAN (A160824)
NUR SYAHIRAH BT JOHAN (A157910)
NURUL JANNAH BT ZAKARIA (A157000)
AINUN HANAN BT ABDULLAH (A160797)
RUSHDAH BT MOHD REZUAN (A158548)

1.0         PENGENALAN
Web 2.0 merupakan satu platfom di mana seseorang dapat berkomunikasi dengan berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Masyarakat dapat berhubung tanpa sempadan.
Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan pesat dalam dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada era globalisasi ini membuka banyak ruang untuk pengintegrasian dalam pelbagai aplikasi untuk memperkasa sistem komunikasi sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat pangajian tinggi. Pelaksaanaan Aplikasi Web 2.0 dalam komunikasi menekankan tentang kepelbagaian aplikasi Web 2.0 yang boleh diterokai serta diguna pakai dalam aktiviti pengajaran dalam pembelajaran. Hal ini kerana, aplikasi Web 2.0 mempunyai potensi yang besar dalam usaha untuk menyokong serta meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Kesesuaian peranan dan sifatnya mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang fleksibel dan menyeronokkan. Bukan itu sahaja, penggunaan Web 2.0 dalam pendidikan juga dapat melahirkan pelajar yang celik teknologi, berdaya maju, berfikiran kreatif dan berkemahiran tinggi.
Aplikasi Web 2.0 juga satu pembaharuan dalam teknologi internet. Aplikasi Web 2.0 juga merujuk kepada transisi pembangunan aplikasi laman web dari statik kepada dinamik. Hasilnya, pengguna internet boleh menghasilkan laman web, berkongsi maklumat, bahan-bahan digital dan gambar dan sebagainya. Aplikasi Web 2.0 juga adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan dan saling boleh mengenali antara satu sama lain. Berbanding penggunaan aplikasi Web 1.0 yang amat terhad berbanding aplikasi Web 2.0 menyediakan platform kepada pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu sama lain. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya.



2.0        PERNYATAAN MASALAH
Pendedahan terhadap dunia luar dan masyarakat tentang apa itu Web 2.0 ?  Permasalahan kajian ini juga adalah mengenai isu tentang media untuk berkomunikasi dan mengenal pasti cabaran yang timbul daripada penggunaan Web 2.0. Maka, persoalan utama yang ingin dikupas adalah, adakah masyarakat menggunakan aplikasi Web 2.0 untuk berkomunikasi.

3.0        PERSOALAN KAJIAN
1.      Apakah ciri-ciri Web 2.0 yang diketahui oleh masyarakat?
2.      Adakah kelebihan dan kekurangan aplikasi Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi?
3.      Apakah isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi?

4.0        OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian dijalankan adalah untuk:
1.      Mengkaji ciri-ciri Web 2.0.
2.      Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan aplikasi Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi.
3.      Mengenal pasti isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi.

5.0        TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji apakah ciri-ciri aplikasi Web 2.0. Bukan itu sahaja, sejauh manakah aplikasi Web 2.0 digunakan sebagai media untuk berkomunikasi serta apa isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan Web 2.0 ini.


6.0        METADOLOGI KAJIAN
            Kaedah kuantitatif (berdasarkan kuantiti, berkaitan dengan kuantiti telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Oleh itu, borang soal selidik secara atas talian melalui WhatsApp telah digunakan sebagai instumen untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam kajian ini.
Cara Mendapatkan Responden
            Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih responden bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan rawak. Borang soal selidik yang telah dibuat secara atas talian telah disebarkan melalui sistem WhatsApp. Seramai 20 orang responden telah menjawab borang soal selidik berkenaan.
Cara mendapatkan maklumat / Data Daripada Responden
            Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang sesuai untuk mendapat dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian yang ingin dijalankan. Borang soal selidik yang telah disediakan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden manakala Bahagian B adalah soalan mengenai ciri-ciri platform Web 2.0 dan  mengenal pasti isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi dalam kalangan pelajar daripada pelbagai university seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM).
            Skala pemarkahan Likert lima telah digunakan dalam kajian ini. Skala pemarkahan likert lima mata mengandungi lima aras, iaitu 1= sangat tidak setuju, 2 =tidak setuju, 3 = kurang setuju, 4 =setuju dan, 5 = sangat setuju. Jadual 1 menunjukkan pemarkahan likert lima berdasarkan lima aras yang telah ditentukan oleh pengkaji.

Sangat tidak setuju
1
Tidak setuju
2
Kurang setuju
3
Setuju
4
Sangat setuju
5
Jadual 1: Skala Likert 5 aras digunakan
KAJIAN ILMIAH
             Kajian ilmiah iaitu kajian perpustakaan dengan mengambil maklumat melalui buku-buku rujukan. Kajian ilmiah bererti maklumat-maklumat didapatkan melalui pembacaan bahan ilmiah seperti buku-buku serta carian maklumat di laman-laman sesawang. Kaedah yang digunakan amat membantu dalam mendapatkan bahan-bahan untuk dijadikan sebagai rujukan dalam penyelidikan ini.

7.0        DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini memaparkan analisis data soal selidik yang telah dijalankan oleh pengkaji melalui borang soal selidik terhadap pelajar daripada pelbagai universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM). Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri web 2.0, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan aplikasi web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi dan mengenal pasti isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi.
Keterangan berikut menerangkan tentang data soal selidik yang telah dianalisis oleh pengkaji mengikut aspek-aspek tertentu.

7.1 Demografi Responden
Bil.
Faktor
Kategori
Kekerapan
Peratusan (%)
1
Jantina
Lelaki
Perempuan
10
37
21.3
78.7
2
Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan
Pengajian Islam
Sains Sosial dan Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Kejuruteraan dan Alam Bina
Pendidikan
Undang-Undang
Pengajian Quran dan Sunnah
Kepimpinan dan Pengurusan
Syariah dan Undang-Undang
Sains Gunaan
Pengurusan
Sains dan Matematik
Sains Sosial
Pendidikan dan Sains Sosial
Sains Kesihatan
2
19
7
2
1
1
1
2
4
2
1
1
1
1
1
1
4.3
40.4
14.9
4.3
2.1
2.1
2.1
4.3
8.5
4.3
2.1
2.1
2.1
2.1
2.1
2.1
3
Umur
18-21 tahun
22-25 tahun
26-30 tahun
30 tahun dan ke atas
44
3
0
0
93.6
6.4
0
0

Jadual 2: Demografi responden

Rajah 1: Peratusan mengikut jantina

Pengkaji telah berjaya memperoleh seramai 47 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dari pelbagai universiti seperti UKM, USIM, UIA dan UM. Seramai 37 orang responden terdiri daripada golongan perempuan dengan peratus sebanyak 78.7% dan 10 orang responden terdiri daripada golongan lelaki dengan peratusan 21.3%.
            Seterusnya, berdasarkan kategori umur, kebanyakan responden berumur antara 18-21 tahun iaitu seramai 44 orang (93.6%). Responden yang berumur antara 22-25 tahun hanya 3 orang sahaja dengan peratusan sebanyak 6.4%. Dalam pada masa yang sama, pengkaji tidak mempunyai responden yang berumur antara 26-30 tahun serta 30 tahun dan ke atas.

Rajah 2: Peratusan mengikut Fakulti

Rajah 3: Peratusan mengikut Umur


7.2 Ciri-ciri web 2.0
Bil
Ciri-ciri Web 2.0
Sangat tidak setuju
(1)
Tidak setuju

(2)
Kurang setuju

(3)
Setuju


(4)
Sangat setuju

(5)
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang unik, iaitu memanfaatkan kepandaian dari orang ramai secara kolektif.
0
0
2
4.3
12
25.5
26
55.3
7
14.9
2

Kekuatan aplikasi Web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi Internet yang terhasil sentiasa disokong oleh asas data yang kuat dan unik.
0
0
1
2.1
10
21.3
29
61.7
7
14.9
3
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang berbeza dengan aplikasi pada platform ‘lama’ seperti Windows.
0
0
2
4.3
13
27.7
31
66
1
2.1
4
Aplikasi Web 2.0 menggunakan teknik-teknik pengatucaraan yang ‘ringan' yang memudahkan orang ramai untuk mengguna pakai perkhidmatan Web ini untuk membentuk perkhidmatan Web yang baru.
0
0
2
4.3
11
23.4
30
63.8
4
8.5
5
Aplikasi Web 2.0 boleh beroperasi secara integrasi melalui pelbagai peranti.
0
0
1
2.1
12
25.5
29
61.7
5
10.6
6
Aplikasi Web 2.0 memiliki antara muka pengguna (user interface) yang kaya meskipun beroperasi di dalam ‘browser’ sahaja.
0
0
1
2.1
11
23.4
30
63.8
5
10.6
Jadual 3: Ciri-ciri Web 2.0

Rajah 4: Peratusan responden terhadap ciri-ciri Web 2.0

Berdasarkan objektif pertama kajian iaitu mengkaji ciri-ciri web 2.0, pengkaji telah memberi enam pernyataan mengenai ciri-ciri web 2.0 dalam soal selidik kajian ini.
Pernyataan pertama ialah aplikasi web 2.0 memiliki sifat yang unik, iaitu memanfaatkan kepandaian dari orang ramai secara kolektif. Seramai 26 responden (55.3%) memilih Setuju dengan pernyataan berikut. Namun, 12 orang responden bersamaan 25.5% memilih Kurang setuju. Hanya 14.9% bersamaan 7 orang responden sahaja yang memilih Sangat setuju dengan pernyataan ini. Manakala, 2 orang responden (4.3 %) memilih Tidak setuju.
            Seterusnya, pernyataan kedua mengenai ciri-ciri web 2.0 ialah kekuatan aplikasi web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet yang terhasil sentiasa disokong oleh asas data yang kuat dan unik. Merujuk pernyataan berikut, dapat dinyatakan bahawa majoriti responden (29 orang bersamaan 61.7%) memilih Setuju. Sebanyak 21.3% (10 orang responden) dan 14.9% (7 orang responden) memilih Kurang setuju dan Sangat setuju. Hanya seorang responden memilih Tidak setuju dengan peratusan 2.1% sahaja.
            Berdasarkan pernyataan Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang berbeza dengan aplikasi pada platform ‘lama’ seperti Windows, hanya seorang responden (2.1%) sahaja yang memilih Sangat setuju. Sebaliknya, responden yang memilih Setuju dengan pernyataan ini adalah seramai 31 orang bersamaan 66%. Manakala, seramai 13 orang responden bersamaan 27.7% memilih Kurang setuju dan 2 orang responden (4.3%) memilih Tidak setuju.

Rajah 5: Peratusan responden terhadap ciri-ciri Web 2.0
            Aplikasi Web 2.0 menggunakan teknik-teknik pengatucaraan yang ‘ringan’ yang memudahkan orang ramai untuk mengguna pakai perkhidmatan Web ini untuk menbentuk perkhidmatan Web yang baru adalah pernyataan keempat mengenai ciri-ciri Web 2.0. Pemilihan Setuju oleh responden adalah paling ramai iaitu seramai 30 orang dengan peratusan sebanyak 63.8%. Seramai 11 orang responden bersamaan 23.4% memilih Kurang setuju dengan pernyataan ini. Manakala, 4 orang responden (8.5%) dan 2 orang responden (4.3%) yang bersamaan dengan dan memilih Sangat setuju dan Tidak setuju.
            Seterusnya, pernyataan Aplikasi Web 2.0 boleh beroperasi secara integrasi melalui pelbagai peranti, hanya seorang responden sahaja yang Tidak setuju dengan peratusan 2.1%. Sebanyak 61.7% bersamaan 29 orang responden telah memilih Setuju, 12 orang responden (25.5%) memilih Kurang setuju serta pilihan Sangat setuju hanya dibuat oleh 5 orang responden bersamaan 10.6%.
            Pernyataan terakhir mengenai ciri-ciri Web 2.0 ialah Aplikasi Web 2.0 memiliki antara muka pengguna (user interface) yang kaya meskipun beroperasi di dalam ‘browser’ sahaja. Seramai 30 orang responden (63.8%) memilih Setuju dengan pernyataan berikut. Manakala, sebanyak 23.4% bersamaan 11 orang responden memilih Kurang setuju. Bagi pilihan Sangat setuju adalah seramai 5 orang responden dengan peratusan 10.6%. Hanya seorang responden sahaja yang memilih Tidak setuju.


7.3 Kelebihan dan kekurangan aplikasi web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi
Bil
Kelebihan dan kekurangan Aplikasi Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi
Sangat tidak setuju
(1)
Tidak setuju

(2)
Kurang setuju

(3)
Setuju


(4)
Sangat setuju

(5)
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Semua maklumat di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan WeChat boleh dipercayai sepenuhnya.
9
19.1
12
25.5
20
42.6
6
12.8
0
0
2

Saya boleh bertahan tanpa menggunakan media sosial untuk sehari.
2
4.3
10
21.3
16
34
9
19.1
10
21.3
3
Saya akan menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan pertama dalam mencari maklumat.
1
2.1
9
19.1
20
42.6
14
29.8
3
6.4
4
Media sosial memudahkan saya berhubung antara satu sama lain.
0
0
0
0
5
10.6
22
46.8
20
42.6
5
Media sosial lebih cenderung ke arah kebaikan berbanding keburukan.
0
0
6
12.8
30
63.8
8
17
3
6.4
6
Saya meluangkan masa saya lebih daripada 5 jam sehari hanya kepada media sosial.
1
2.1
3
6.4
20
42.6
13
27.7
10
21.3

Jadual 4: Kelebihan dan kekurangan aplikasi Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi
Rajah 6: Peratusan responden terhadap kelebihan dan kekurangan aplikasi Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi
            Pada bahagian kedua ini, pengkaji turut memberi enam pernyataan yang berkaitan dengan kelebihan dan kekurangan aplikasi Web 2.0 untuk berkomunikasi kepada responden.
            Semua maklumat di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan WeChat boleh dipercayai sepenuhnya merupakan pernyataan pertama dalam bahagian kedua ini. Majoriti responden memilih Kurang setuju dengan pernyataan tersebut iaitu sebanyak 42.6% bersamaan 20 orang. Seramai 12 orang responden (25.5%) memilih Tidak setuju, 9 orang responden (19.1%) memilih Sangat tidak setuju dan hanya 6 orang responden yang memilih Setuju dengan peratusan sebanyak 12.8%.
            Seterusnya, seramai 16 orang responden dengan peratusan sebanyak 34% telah memilih Kurang setuju dengan pernyataan saya boleh bertahan tanpa menggunakan media sosial untuk sehari. Namun, seramai 9 orang responden (19.1%) memilih Setuju. Hanya dua orang responden (4.3%) sahaja yang memilih Sangat tidak setuju. Manakala, pilihan untuk Tidak setuju dan Sangat setuju mempunyai bilangan responden yang sama iaitu seramai 10 orang bersamaan 21.3%.
            Bagi pernyataan saya akan menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan pertama dalam mencari maklumat, seramai 20 orang responden memilih Kurang setuju dengan peratusan sebanyak 42.6%. Pemilihan Setuju mempunyai jumlah kedua tertinggi selepas Kurang setuju dengan peratusan sebanyak 29.8% bersamaan dengan 14 orang responden. Seramai 9 orang responden (19.1%) memilih Tidak setuju, 3 orang responden (6.4%) memilih Sangat setuju dan hanya seorang responden sahaja yang membuat pilihan Sangat tidak setuju.

Rajah 7: Peratusan responden terhadap kelebihan dan kekurangan aplikasi Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi

            Selain itu, bagi pernyataan media sosial memudahkan saya berhubung antara satu sama lain, hanya 5 orang responden sahaja yang memilih Kurang setuju dengan peratusan sebanyak 10.6%. Manakala, majoriti responden iaitu seramai 22 orang bersamaan 46.8% membuat pilihan Setuju dan 20 orang responden (42.6%) memilih Sangat setuju.
            Kebanyakan responden Kurang setuju dengan pernyataan media sosial lebih cenderung kea rah kebaikan berbanding keburukan iaitu dengan jumlah 30 orang responden bersamaan 63.8%. Hanya 3 orang responden (6.4%) Sangat setuju dengan pernyataan ini. Manakala, bagi pilihan Tidak setuju dan Setuju adalah seramai 6 orang responden (12.8%) dan 8 orang responden (17%) sahaja.
            Pernyataan terakhir untuk bahagian ini adalah saya meluangkan masa saya lebih daripada 5 jam sehari hanya kepada media sosial. Jumlah peratusan responden yang memilih Kurang setuju dengan pernyataan ini adalah paling banyak iaitu sebanyak 42.6% bersamaan 20 orang. Manakala, jumlah kedua terbanyak adalah seramai 13 orang responden (27.7%) dengan pemilihan Setuju. Seramai 10 orang responden (21.3%) membuat pilihan Sangat Setuju berbanding 6.4% responden (3 orang) sahaja yang memilih Tidak Setuju. Hanya seorang responden sahaja yang memilih Sangat tidak setuju.

7.4 Isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi
Bil
Isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi
Sangat tidak setuju
(1)
Tidak setuju

(2)
Kurang setuju

(3)
Setuju


(4)
Sangat setuju

(5)
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Saya akan memberi perhatian dan meneliti terlebih dahulu terhadap tajuk mahupun intipati sesebuah artikel sebelum memberikan sebarang komentar.
0
0
0
0
6
12.8
30
63.8
11
23.4
2

Saya akan mempercayai sepenuhnya maklumat yang disebarkan dalam media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.
15
31.9
14
29.8
14
29.8
3
6.4
1
2.1
3
Saya tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku dalam media sosial dan hanya bersikap pak turut semata-mata dengan apa yang disampaikan.
10
21.3
15
31.9
20
42.6
1
2.1
1
2.1
4
Kebanyakan individu menggunakan media sosial untuk kepentingan peribadi mereka.
1
2.1
0
0
18
38.3
19
40.4
9
19.1
5
Saya tidak mudah untuk mempercayai kenalan baru di media sosial.
0
0
4
8.5
11
23.4
11
23.4
21
44.7
6
Golongan wanita lebih mudah terpengaruh dengan perwatakan seseorang yang baru dikenali melalui media sosial berbanding lelaki.
0
0
1
2.1
18
38.3
16
34
12
25.5
Jadual 5: Isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi
Rajah 8: Peratusan responden terhadap isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi
            Bahagian ketiga dalam soal selidik yang perlu dijawab oleh responden adalah berkaitan dengan isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi.
            Jumlah peratusan responden yang memilih Setuju bagi pernyataan saya akan memberi perhatian dan meneliti terlebih dahulu terhadap tajuk mahupun intipati sesebuah artikel sebelum memberikan sebarang komentar adalah paling banyak iaitu sebanyak 63.8% bersamaan 30 orang. Manakala, 11 orang responden (23.4%) dan 6 orang responden (12.8%) telah memilih Sangat setuju dan Kurang setuju.
            Saya akan mempercayai sepenuhnya maklumat yang disebarkan dalam media sosial seperti Facebook dan WhatsApp merupakan pernyataan yang turut dinyatakan dalam soal selidik. Majoriti responden iaitu seramai 15 orang (31.9%) telah memilih Sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Manakala, bilangan responden yang memilih Tidak setuju dan Kurang setuju adalah sama iaitu sebanyak 29.8% bersamaan 14 orang. Namun, 3 orang responden dan seorang responden memilih Setuju dan Sangat setuju.
            Bagi pernyataan saya tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku dalam media sosial dan hanya bersikap pak turut semata-mata dengan apa yang disampaikan, hanya 10 orang responden (21.3%) yang memilih Sangat tidak setuju. Manakala, 15 orang responden dengan peratusan sebanyak 31.9% memilih Tidak setuju dengan pernyataan tersebut serta pemilihan skala Kurang setuju adalah paling banyak iaitu sebanyak 20 orang responden (42.6%). Namun, terdapat seorang responden dengan peratusan 2.1% memilih skala Setuju dan Sangat setuju.


Rajah 9: Peratusan responden terhadap isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi

Seterusnya, kebanyakan responden memilih skala Setuju bagi pernyataan kebanyakan individu menggunakan media sosial untuk kepentingan peribadi mereka iaitu seramai 19 orang responden dengan peratusan sebanyak 40.4%. Pemilihan skala Kurang setuju hanya kurang seorang responden berbanding responden yang memilih skala Setuju iaitu seramai 18 orang (38.3%). Manakala, 9 orang responden telah memilih Sangat setuju dengan peratusan 19.1%. Namun, terdapat seorang responden telah memilih skala Sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut.
            Selepas itu, pernyataan saya tidak mudah untuk mempercayai kenalan baru di media sosial mempunyai bilangan responden paling banyak bagi skala Sangat setuju iaitu seramai 21 orang dengan peratusan 44.7%. Manakala, bagi skala Setuju dan Kurang setuju mempunyai bilangan responden yang sama iaitu sebanyak 11 orang (23.4%). Terdapat 4 orang responden memilih skala Tidak setuju bagi pernyataan ini dengan peratusan sebanyak 8.5%.
            Pernyataan terakhir dalam bahagian ini ialah golongan wanita lebih mudah terpengaruh dengan perwatakan seseorang yang baru dikenali melalui media sosial berbanding lelaki. Kebanyakan responden memilih skala Kurang setuju dengan  pernyataan ini berdasarkan bilangan seramai 18 orang dengan peratusan 38.3%. Manakala, seramai 16 orang responden (34%) dan 12 orang responden (25.5%) memilih Setuju dan Sangat setuju. Namun, terdapa seorang responden (2.1%) memilih skala Tidak setuju dengan pernyataan tersebut.

8.0        PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian ‘Aplikasi Web 2.0 sebagai Media untuk Berkomunikasi’, pengkaji mendapati majoriti responden memilih skala Setuju bagi semua pernyataan dalam bahagian pertama soal selidik tersebut yang berkaitan ciri-ciri Web 2.0. Bilangan responden terbanyak yang memilih skala Setuju adalah pada pernyataan Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang berbeza dengan aplikasi pada platform ‘lama’ seperti Windows. Kebanyakan responden dapat mengetahui perbezaan sifat di antara aplikasi pada platform ‘lama’ dengan aplikasi pada platform ‘baru’. Hal ini demikian kerana aplikasi pada platform ‘lama’ telah dinaik taraf kepada platform ‘baru’ yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi dengan mudah, cepat dan efektif seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan WeChat.
            Seterusnya, bahagian kedua soal selidik adalah berkaitan dengan kelebihan dan kekurangan aplikasi Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi. Pada pernyataan media sosial lebih cenderung ke arah kebaikan berbanding keburukan, majoriti responden memilih skala Kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Responden masih dapat berfikir secara rasional bahawa media sosial tidak kebanyakannya menjurus kepada kebaikan.
            Manakala, bagi pernyataan saya boleh bertahan tanpa menggunakan media sosial untuk sehari, majoriti responden memilih skala Kurang setuju. Namun, terdapat 10 orang daripada 47 orang responden memilih skala Sangat setuju. Berdasarkan kepada dapatan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa masih terdapat sebilangan masyarakat yang masih mampu bertahan tanpa menggunakan media sosial dalam sehari. Namun, pangkaji mendapati ada sebahagian masyarakat yang tidak mampu bertahan selama sehari daripada menghadap dan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.
            Selain itu, isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai media untuk berkomunikasi turut dimasukkan dalam bahagian ketiga soal selidik. Pernyataan golongan wanita lebih mudah terpengaruh dengan perwatakan seseorang yang baru dikenali melalui media sosial berbanding lelaki mendapat skala Setuju daripada responden. Responden yang menjawab soal selidik pengkaji kebanyakannya bersetuju dengan pernyataan tersebut. Mereka sedar bahawa golongan wanita ini lebih mudah terpengaruh dengan kenalan baru yang mereka kenal melalui media sosial seperti di Facebook. Rentetan perkara ini, pelbagai isu yang timbul yang dikaitkan dengan wanita seperti isu rogol dan dan isu penipuan yang melibatkan golongan wanita kehilangan harta.
            Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pengetahuan masyarakat mengenai Web 2.0 tidak terbatas kerana melalui responden yang menjawab soal selidik pengkaji, majoriti responden bersetuju dengan teknologi yang menjadi ciri-ciri Web 2.0. Malah, masyarakat turut mengetahui kesan baik dan buruk daripada penggunaan media sosial serta isu dan cabaran yang timbul daripada penggunaan media sosial yang tidak terkawal.

9.0        CADANGAN KAJIAN
Melalui kajian aplikasi Web 2.0, pengkaji mempunyai beberapa cadangan. Antara cadangannya ialah:
1.      Mengoptimumkan penggunaan ICT di sekolah dengan melatih guru dalam penggunaan aplikasi web untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dengan lebih berkesan.
2.      Kerajaan memberi penekanan yang serius terhadap pembudayaan ICT yang bersesuaian dengan kemahiran abad ke-21 yang berfokuskan kepada komunikasi.
3.      Masyarakat hendaklah menekankan pada sosial network atau jalinan sosial antara satu sama lain seperti yang terdapat dalam aplikasi seperti Whatsapps, Facebook, Instagram, Telegram, Blog dan sebagainya.
4.      Individu mestilah bersikap keterbukaan dan bebas untuk membentuk corak perhubungan sosial dalam talian yang memberi peluang untuk berinteraksi sesama pengguna lain.

10.0    KESIMPULAN
      Sebagai kesimpulan, penggunaan teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan dalam komunikasi mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian teknologi Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam persekitaran pembelajaran berkesan untuk meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran serta mewujudkan interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik
    Dengan menggunakan aplikasi Web 2.0 dapat memberi panduan dan kesedaran dalam menyediakan keperluan serta latihan kepada masyarakat yang wajar diutamakan supaya dapat mempelbagaikan bahan agar dapat berjalan dengan lancar. Menggunakan aplikasi Web 2.0 ini sebagai bantu mengajar selaras dengan perkembangan teknologi yang terkini dan persekitaran pelajar yang terdedah dengan penggunaan teknologi. Hal ini dapat membantu menarik minat pelajar.
     Di samping itu, kaedah ini juga turut membantu guru atau pensyarah dalam meningkatkan pengetahuan terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0. Oleh itu pendidik dalam menghasilkan pelbagai bentuk bahan bantu mengajar yang senang. Tambahan lagi para pendidik tidak perlu membuat bahan bantu mengajar yang sama untuk kelas yang berbeza-beza.




RUJUKAN
1.         Mohamed Amin Embi. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.  Selangor: Pusat Perkembangan Akademik, Ukm.
2.         Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Noor. 2011. Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera Bahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies
3.         Kamarul Azmi Jasmi, Ab Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Kajian kes penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang pendidikan Islam sekolah bandar dan luar bandar  Jurnal Teknologi (Sains Sosial),














No comments:

Post a Comment

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation...